Wednesday, 27 January 2016

Bahagian 2 - Projek Rasuah terbesar Dato Seri Zahid Hamidi di Imigresen


Setelah jurublog dedahkan Projek Rasuah Dato Seri Zahid Hsamidi bahagian 1, kini jurublog akan menceritakan seterusnya apa yang telah dibuat oleh konco-konco Dato Seri Zahid Hamidi untuk menipu rakyat dan untuk kayakan majikan mereka.

Jurublog ingin perkenalkan seorang yang sangat penting dalam hidup Dato Seri Zahid Hamidi. Nama watak penting ini adalah Shekh Ruzi. Bila disebut nama ini, sesiapa yang mengenali Dato Seri Zahid Hamidi akan tahu siapa dia dan apa peranan dia dalam kehidupan harian DS Zahid.

Shekh Ruzi adalah ‘gatekeeper’ Dato Seri Zahid Hamidi. Sesiapa sahaja yang ingin berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, mereka harus mendapatkan restu atau ‘appointment’ melalui Shekh Ruzi. Tanpa kebenaran beliau tiada siapa dapat berjumpa dengan DS Zahid. Kecuali menantu Zahid seperti yang telah jurublog ceritakan di bahagian 1 tempohari.

Baru-baru ini Shekh Ruzi telah membawa Dato Seri Zahid Hamidi dan Datin Seri Hamidah ke Korea melalui jet peribadi. Ruzi telah membawa kedua suami isteri ini dari Sabah dan terbang terus ke Korea. Shekh Ruzi menjaga apa sahaja yang dikehendakioleh Dato Seri Zahid. Isteri Ruzi, Datin Cindy pula ditugaskan untuk menjaga Datin Seri Hamidah yang tidak fasih berbahasa Inggeris.

Shekh Ruzi dan isteri Datin Cindy, cina masuk Islam memang pakar dalam menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri dan isteri. Apa saja dikehendaki mereka akan ditunaikan. Dari shopping hingga ke makan ditempat mewah dan membuat ‘facial’ semuanya akan ditanggung sepenuhnya oleh Shek Ruzi. Jurublog juga ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia. Dato Seri Zahid baru saja membuat rawatan muka di Korea. Jurublog sertakan gambar terbaru Timbalan Perdana Menteri ini untuk tatapan rakyat Malaysia dan lihatkan sendiri perbezaan sebelum dan selepas rawatan muka ‘botox’ untuk menegangkan kulit muka yang kendur. (Rujuk gambar diatas)

Jurublog merasa kesal dengan tindakan yang dibuat oleh seorang yang berimejkan Islam seperti Dato Seri Zahid Hamidi. Ramai rakyat Malaysia terutama ahli UMNO yang tertipu dengan kewarakan beliau. Cara Dato Seri Zahid Hamidi saling tidak tumpah seperti mentor beliau Dato Seri Anwar Ibrahim. Mereka mempergunakan agama untuk menipu rakyat dan dibelakang mereka membuat onar yang tidak disedari oleh rakyat dan ahli UMNO.

Projek SKIN yang bernilai hampir 6 beliyun itu sudah hampir pasti dilaksanakan. Dana dari projek rasuah ini akan pastikan Dato Seri Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Walau Dato Seri Najib Razak sudah dibebaskan oleh Peguam Negara sebagai tidak bersalah, Dato Seri Zahid Hamidi banyak menyimpan dokumen-dokumen serta salah laku yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Apabila tiba masanya DS Zahid akan menggunakan segala dokumen ditangan beliau untuk menjatuhkan Dato Seri Najib Razak.

Jurublog ingin menyambung semula tentang Shekh Ruzi. Masihkah rakyat Malaysia ingat kes surat dari Dato Seri Zahdi hamidi untuk melepaskan penjenayah besar warga Malaysia yang telah ditangkap di Amerika Syarikat yang bernama Paul Phua Wei Seng? Paul Phua adalah seorang ahli kongsi gelap yang dan kini hadapi dakwaan pertaruhan sukan haram di Las Vegas, Nevada. Zahid bersihkan nama Paul Phua dengan mengatakan beliau telah membantu DS Zahid dalam projek-projek keselamatan. Dato Seri Zahid hampir musnah karier politik beliau disebakan surat itu.

Siapakah orang yang bertanggungjawab untuk membuat DS Zahid Hamidi menulis surat itu? Shekh Ruzi yang telah memaksa Dato Seri Zahid menulis surat itu kerana Ruzi telah mengambil duit pendahuluan dari Paul Phua. Ruzi telah membuat satu perjanjian dengan Paul Phua untuk melepaskan dan membebaskan penjenayah antarabangsa ini. Shekh Ruzi telahmengambil duit dari Paul Phua sebanyak RM52 juta. Tetapi hingga kini Paul Phua tidak lepas bebas kerana surat yang ditulis oleh DS Zahid kepada FBI melalui Tetuan Shafie Abdullah terbocor kepada umum. Rosak segala perancangan Shekh Ruzi. Paul Phua sudah membayar duit tersebut kepada Ruzi tetapi dia masih dalam penjara dan sekiranya Paul Phua bebas kelak Shekh Ruzi bakal menerima padahnya kerana dia sudah mengambil duit tetapi tidak memenuhi janjinya.

Untuk bahagian ini jurublog akan henti disini dandalam bahagian akan datang jurublog akan mendedahkan lebih banyak lagi kegiatan haram Shekh Ruzi, orang yang paling dipercayai oleh Dato Seri Zahid Hamidi. Kenalan rapat DS Zahid ada mengadu, kata mereka apa saja disuruholeh Shekh Ruzi akan diikuti oleh Dato Seri Zahid Hamidi. Menteri Dalam Negeri ini sanggup mengambil langkah yang tidak masuk akal seperti dalam kes Paul Phua.

To be continued..

3 comments:

  1. Hati2 pemimpin adalah amanah yg harus dipertanggung jawabkan jehadirat ilahi rabbi,dan jangan pilih kasih bersikap adil,Amin

    ReplyDelete
  2. Hati2 pemimpin adalah amanah yg harus dipertanggung jawabkan jehadirat ilahi rabbi,dan jangan pilih kasih bersikap adil,Amin

    ReplyDelete
  3. memang bagus ada org berani dedahkan kepincangan mereka yg duduk diatas pentadbiran negara malaysia yg menyonsong dari biasa.

    Selain peringatkan azab Allah kpd mereka yg lakukan kezaliman, mesti ada juga peranan dari mereka yang berkebolehan menghalang kezaliman dari berterusan berlaku. Kena ada penentangan. Tanpa ada penentangan, kezaliamn akan berterusan tanpa henti (walau peringatan azab Allah selalu diperingatkan kpd mereka).

    ReplyDelete